Sabtu, 25 Februari 2012

Sejarah

Akbar Resources merupakan sebuah perniagaan yang berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2010. Bermula dengan pembuatan makanan secara kecil-kecilan pada tahun 2009 di Melaka, Akbar Resources telah memulakan gerak langkah untuk lebih maju dengan mendaftarkan perniagaan secara rasmi pada tahun berikutnya di Kuala Lumpur.
Pada tahun 2010, Akbar Resources mula mengembangkan perniagaan dengan membekal peralatan pejabat dan perabut di sekitar Lembah Klang. Disamping membekalkan peralatan dan perabut pejabat, Akbar Resources juga membekalkan alat tulis dan barangan kejuruteraan di beberapa buah syarikat swasta dan pusat pendidikan.Pada tahun 2011, Akbar Resources telah mendaftarkan syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia bagi mendapatkan beberapa projek dari kerajaan Malaysia. Dengan pengalaman yang ada, Akbar Resources telah dipanggil oleh beberapa badan kerajaan untuk membekal peralatan dan perabut pejabat disamping alat tulis dan sebagainya.
Selain itu juga, Akbar Resources juga membekalkan peralatan keselamatan jalanraya seperti lampu kecemasan jalanraya, bitumen bagi turapan jalanraya, kon dan sebagainya.Sebelum penubuhan Akbar Resources pada tahun 2010, pemilik yang telah mendaftarkan sebuah syarikat yang diberi nama Akbar Foods & Beverages. Syarikat ini pada awalnya hanya tertumpu kepada pembuatan muffin dan memasarkan di sekitar Melaka pada tahun 2009. 
Selepas pemilik tamat belajar di Melaka, beliau menumpukan pasaran muffin di Lembah Klang dan menubuhkan Akbar Resources untuk perniagaan perabut dan peralatan pejabat.Kini, pemilik menjadikan Akbar Resources sebagai pembekal utama bagi makanan, peralatan dan perabut pejabat, dan beberapa lagi tambahan produk seperti peralatan keselamatan jalanraya, peralatan kejuruteraan, peralatan pertanian termasuk baja dan racun seranggan dan lain-lain lagi.