Khamis, 23 Februari 2012

Majlis Usahawan Malaysia (MUM)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Akbar Resources dengan kerjasama Majlis Usahawan Malaysia (MUM), akan mengendalikan sebuah program di mana ianya bertujuan untuk memberi sedikit pengenalan asas mengenai pinjaman bank dan sebagainya.

Bagi membincangkan topik ini, kami juga turut menjemput Credit Guarantee Corporation (CGC), Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) dan bank-bank  yang memberi perkhidmatan pinjaman kepada peniaga bagi memberi sedikit pendedahan khusus buat usahawan mengenai pinjaman bank dan lain-lain.

Penyertaan adalah percuma dan hanya dibuka kepada 100 peserta yang berminat sahaja.

Bagi individu atau syarikat korporat yang berminat diminta untuk segera menyertakan nama, syarikat dan nombor telefon anda sebelum 15 Mac 2012 kepada akbarresources@yahoo.com.

Program ini akan diadakan di International Youth Center, Cheras. Manakala tarikh akan dimaklumkan melalui email kepada yang berminat untuk mengambil bahagian.

Sekian, terima kasih.

Sokongan anda amat dihargai.